Wednesday, 1 June 2011

tersepiiit...pengapiit...~




Pengapit Menyebabkan Kita Tersepit?


Salam dan hai.

Nity, post ni bukan pasal kau. Tak. Tak. Ok, aku takkan tulis post khas untuk kau pasal kau kata kau akan lempang aku kalau aku tulis cam tu pasal kau geli.

aku faham.

Ok, kembali semula.

Saya nak tulis pasal pengapit kali ni.

Tapi bukan tugasan seorang pengapit. Saya dah pernah tulis dulu di 
post yang ini.Zila pun pernah tulis tentang harapan dia kepada pengapitnya.

Saya nak tulis tentang perkara yang melibatkan pengapit, yang boleh bikin hati pengantin panas dan bahang.

Walaupun pengapit adalah perkara yang sepatutnya paling kurang bagi stress, banding baju nikah, hantaran atau M.U.A, tapi kadang-kadang, kejutan boleh berlaku!

Kes pengapit saat-saat akhir tak dapat hadir, lalu menyebabkan orang lain kena jadi pengapit terjun. Ada juga kes pengapit pakai baju dasyat kalah pengantin sampai tetamu keliru yang mana pengantin.

Lagi konflik? Bila pengantin buat permintaan nak baju warna ini dan material jenis itu. Nak bawa bunga warna itu dan solekan macam ini.


Saya tulis pasal ini, pasal ada b2b yang email pada saya, bertanyakan macam mana nak bagitau bakal pengapit ni, kita tak mahu khidmat dia? Kehadiran pengapit sepatutnya menyenangkan urusan pengantin, tapi dalam kes ini, pengapit telah mengambil alih keseluruhan keputusan majlis pula! Dia yang mahu tetapkan warna baju pengantin yang bagi matanya cantik, dia mahu aturkan susunan waktu tanpa merujuk kepada keluarga pengantin--pendek kata, pengapit ini sudah bagai merangkap Wedding Planner yang tidak dilantik.

Ini belum lagi diambil kira, pengapit yang mempunya taste terlalu tinggi (semestinya dengan kos yang tinggi juga) dan secara tak langsung, asyik mendesak pengantin menerima pendapatnya. Kalau pengapit sponsor, itu takpe. Ye, terima kasih.

Mungkin niatnya bagus, tapi kalau sampai ke tahap pendapat pengantin pun tidak diendahkan, apahal pulak kan? Tiada siapa mahukan kehadiran "Cik Joyah" yang datang menguasai semuanya--walaupun dalam bentuk gadis muda.

Pengapit sepatutnya memudahkan kerja dan memberi sokongan kepada pengantin, tapi bukan la ke tahap mengkritik mengalahkan Simon. Walau setiap kita ada citarasa berbeza, semuanya tetap berbalik kepada apa yang diimpikan oleh pengantin, kan?

Kita mungkin boleh tak pedulikan kawan-kawan yang berperangai macam tu, tapi kalau perangai macam tu telah dijangkiti oleh pengapit, bahaya. Pasal kawan kita boleh elakkan, tapi pengapit sentiasa dengan kita sepanjang majlis. Tiada pengantin yang patut menadah telinga dengar ngomelan pengapit tentang majlis kita kan?

Jadi, topik pagi ini: Bagaimana nak.. ermm.. kata kasarnya-- "PECAT" pengapit daripada tugasnya?

posted by:leeya maria




No comments:

Post a Comment